Tiga Lelaki Bakar Hutan Ditangkap Di Jambi Indonesia


JAMBI(INDONESIA) - Pihak berkuasa menangkap tiga individu yang disyaki membakar belukar untuk aktiviti pertanian yang mencetuskan kebakaran hutan di wilayah Jambi.

Gabenor Jambi, Zumi Zola Zulkifli berkata, tiga individu itu ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini kerana membersihkan kawasan pertanian dengan cara membakar belukar.

“Saya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dalang yang mengarahkan suspek membakar belukar ini.

“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak membuat pembakaran ketika membersihkan kawasan pertanian bagi mengelak kebakaran hutan merebak,” katanya kepada Jawapos semalam.

Ujarnya, kebakaran hutan dan belukar di wilayah itu diburukkan lagi dengan kebakaran hutan di Sumatera Selatan.

“Pemantauan satelit menunjukkan titik panas di Jambi semakin bertambah dan ada yang sudah masuk ke Sumatera Selatan.

“Badan Nasional Pengurusan Bencana menggunakan helikopter untuk memantau kebakaran hutan dan belukar ini serta masih berusaha memadamkan api,” jelasnya. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com