Tangkap Ular Sawa Sepanjang Enam Meter


ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang berjaya menangkap ular sawa sepanjang kira-kira enam meter yang ditemui di hadapan sebuah kilang ayam, Bandar Baru Salak Tinggi, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Khairuddin Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai reptilia itu pada 11.08 malam.

"Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota bergegas ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan penjerut.

"Ular berkenaan tidak bertindak agresif tetapi cuba melarikan diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, selepas menangkapnya, ular itu dibawa ke hutan simpan serta dilepaskan di situ.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com