Tak Pernah Serik, Dijel 9 Tahun Rompak Bakal Ipar


AMPANG JAYA – Perbuatan seorang kelindan lori yang tidak pernah insaf melakukan jenayah sehingga tergamak merompak rantai leher bakal kakak iparnya mengundang padah apabila lelaki itu dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh K. Kartik, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pendakwaan kes itu semalam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang mempunyai lima rekod jenayah menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 November tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Kartik didakwa dengan niat melakukan rompak bersenjatakan pisau terhadap M. Alagesvari, 25, sehingga wanita itu takut lalu menyerahkan rantai emas dipakainya bernilai RM200.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah, Jalan 2/E Kampung Tasik Permai di sini pukul 6.30 petang, 16 November 2016.

Kartik didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat atau denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com