Syarikat Marijuana Mahu Wujudkan Bandar Ganja


CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat teknologi melibatkan marijuana, American Green Inc membeli sebuah bandar kecil di California dengan harga AS$5 juta (RM21.4 juta).

CNN mengatakan American Green berhasrat untuk membangunkan bandar Nipton yang terletak berhampiran Nevada sebagai bandar ganja.

American Green juga sudah menyiapkan pelan 18 bulan untuk penanaman dan produksi ganja secara rekreasi.

Di Nipton, terdapat 20 penduduk, sebuah hotel, sebuah kedai dan sebuah sekolah.

Punca pendapatan Nipton pula adalah perlombongan emas, perak dan pembiakan kuda.

Untuk pengetahuan umum, California membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi sejak tahun lepas.

Penggunaan ganja secara rekreasi bagaimanapun masih diharamkan mengikut undang-undang persekutuan.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com