Sungai Ketil Melimpah, Baling Di Landa Banjir Kilat


ALOR SETAR - Hujan berterusan sejak petang Sabtu telah mengakibatkan Sungai Ketil melimpah dan menjejaskan beberapa buah kampung di kawasan Baling.

Sebanyak lima buah kampung terjejas serta dinaiki air mengakibatkan lebih 1,000 penduduk daripada 51 buah rumah menjadi mangsa banjir kilat.

Pegawai Jabata Kemajuan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Ishak, berkata paras air Sungai Ketil mula naik kira-kira 0.5 meter dan memasuki rumah penduduk.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Sri Keteng, Kampung Batu 60, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Baru dan Kampung Lalang.

"Bagaimanapun, sehingga 6.30 pagi tadi keadaan kembali pulih dengan paras air semakin menurun. Mangsa yang sebelum ini dipindahkan sementara waktu ke tempat tinggi, sudah pulang dan mula membersihkan rumah secara bergotong-royong.

"Tiada pusat pemindahan rasmi dibuka manakala penduduk sudah diberikan bantuan awal oleh pelbagai pihak termasuk pasukan bridged bencana Pejabat Anggota Parlimen Baling, bomba, polis, dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), " katanya.

Banjir kilat tersebut merupakan kali kedua dalam tempoh masa tiga hari menjadikan jumlah kesemua rumah yang terjejas akibat banjir kilat di beberapa mukim di daerah ini ialah 535 buah dengan 2,420 penduduk.-Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com