Sukan SEA: Netizen Teruja Nak Tengok VVIP Berentap


Beberapa Hari ini viral di media sosial apabila pas pengenalan diri peserta tiga orang atlet VVIP di sukan SEA ke-29 mula menjadi perbualan netizen.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook, rata-rata netizen melahirkan rasa teruja mereka untuk menyaksikan kehandalan tiga orang atlet VVIP berentap dalam acara sukan Ekuestrian.

Tiga orang atlet yang dimaksudkan ini terdiri dari kerabat Diraja dan menteri yang turut mengambil bahagian dalam acara sukan kali ini. 

1) Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin 


2) Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen


3) Khairy Jamaluddin


Rata-rata netizen mengakui tidak sabar untuk menyaksikan aksi lincah tiga orang atlet VVIP ini bertanding dalam acara masing-masing.

@Safiyah Phea: "Memang tak dinafikan. Sukan kegemaran Tuanku. Semoga dapat meraih kemenangan dan menunjukkan aksi yang terbaik. Serius tak sabar untuk menyaksikannya."

@Aisy Aisara: "Semoga berjaya. Kita patut bangga kerana mendapat penyertaan daripada golongan VVIP. Respect."

@Mohd Hizami: "Tak dapat dinafikan bakat yang ada pada Sultan Terengganu dalam sukan ini. Seorang yag baik dan tak penah sombong serta angkuh dengan apa yang dimiliki. Ampun Tuanku. Semoga berjaya."

@Raznan: "Tak sabar untuk menyaksikan sukan SEA kali ini. Semoga memperolehi kemenangan dalam acara yang disertai."

Namun di sebalik keterujaan netizen itu, harapan untuk melihat Sultan Mizan beraksi tidak kesampaian apabila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengumumkan Sultan Mizan terpaksa menarik diri dari acara endurance sukan ekuestrian dalam saingan Sukan SEA kali ini.

Menurut Setiausaha Kehormat MOM Datuk Low Beng Choo, Sultan Mizan mengambil keputusan itu demi kebaikan pasukan kerana kuda yang bakal ditunggangnya itu tidak berada dalam keadaan baik.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com