Stesen Elektrik Guna Bahan Buangan Kelapa Sawit


KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat Sime Darby membangunkan dua stesen janakuasa biogas yang menghasilkan elektrik dengan menggunakan bahan buangan kilang sawit.

TNB dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua stesen biogas tersebut terletak di estet Hadapan di Layang-Layang dan estet Flemington di Bagan Datuk, Perak.

“Stesen Biogas Hadapan yang beroperasi sepenuhnya pada 30 Disember 2016 mempunyai kapasiti terpasang 1.6MW, manakala Stesen Biogas Flemington yang beroperasi sepenuhnya pada 26 Januari 2017 juga mempunyai kapasiti terpasang 1.6MW.

“Tenaga elektrik yang dihasilkan kedua-dua stesen disalurkan terus ke grid nasional,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, usaha sama tersebut membolehkan TNB mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Ia juga sekali gus menyerlahkan nilai dari bahan buangan kilang sawit di ladang-ladang milik Sime Darby. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com