SPRM Serbu Rumah, Pejabat Dan Pusat Khidmat EXCO


GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sekali lagi menyerbu rumah, pejabat dan pusat khidmat EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Sumber SPRM berkata, serbuan bertujuan mengumpul beberapa dokumen tambahan bagi membantu siasatan kes operasi kilang pemprosesan habuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti.

"Kita menyerbu kediaman beliau di Sungai Puyu, kira-kira jam 11 pagi tadi(semalam).

"Ketika ini kita tangguhkan seketika serbuan di dua lokasi lagi kerana EXCO berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar di Kedah," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kelmarin, Boon Poh, 65, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, selepas lima pegawai suruhanjaya itu melakukan serbuan ke pejabat EXCO berkenaan di Tingkat 53 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), kira-kira jam 11.30 pagi.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com