SPRM Kesan 12 Individu Bantu Siasatan Kes Wang Perlindungan Di Melaka


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Mereka dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

"Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan melibatkan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka pada Mei lalu.

"Semua mereka berusia antara 25 hingga 48 tahun, masing-masing beralamat di Melaka, Selangor dan Johor," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003.

PDRM melakukan rombakan di Melaka selepas Ketua Polis Melaka Tengah dan Jasin ditahan bersama 12 yang lain dalam operasi besar-besaran SPRM atas dakwaan melindungi operasi pusat urut dan judi haram di Melaka.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com