Siti Nurhaliza Berkongsi Keterujaan Dikunjungi Tengku Puan Pahang


YANG Teramat Mulia, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah mencemar duli mengunjungi kediaman penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza, pada Selasa.

Memuat naik sekeping gambar dirinya bersama Tengku Puan, detik manis itu dikongsi Datuk Siti menerusi laman instagramnya.

“Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah sudi mencemar duli ke teratak Patik.. Tengku Puan inspirasi wanita soleha dan kesayangan rakyat jelata .. Ampun Tuanku,” tulis Siti.

Dalam foto itu turut kelihatan ibu Datuk Siti, Siti Salmah Bachik dan kedua-dua kakak iparnya, Rozi Abdul Razak dan Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com