Senjata AS Sedia Untuk Dilancarkan - Trump


WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan satu lagi amaran kepada Korea Utara hari ini mendakwa angkatan senjata negara kuasa besar itu sudah 'dikunci dan dimuatkan.'

Trump menulis di Twitter, penyelesaian ketenteraan kini sudah lengkap sepenuhnya bersedia jika Korea Utara bertindak.

"Penyelesaian ketenteraan sudah lengkap, dikunci dan dimuatkan sekiranya Korea Utara bertindak tidak wajar. Saya berharap Kim Jong-Un akan mencari laluan lain!" tulis Trump.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan James Mattis berkata, AS bersedia membalas sebarang ancaman daripada Pyongyang. -Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com