"Saya Tiada Apa Nak Cakap" - Engku Emran


“Saya tiada apa nak cakap,” kata Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, apabila diminta mengesahkan perkhabaran bakal bernikah dengan pelakon jelita seberang, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.

Kenyataan itu keluar ketika bertembung dengannya di sebuah lokasi tengah hari , semalam.

Engku Emran yang juga bekas suami pelakon dan penyanyi Erra Fazira enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya berlalu pergi dengan wajah selamba.

Jun lalu, portal hiburan dan media Indonesia kecoh dengan laporan berita mengenai hubungan cinta Bella dan Engku Emran.

Menurut sumber, pasangan itu akan melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur. Mereka mula berkawan apabila dipertemukan pelakon Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri pada Mac lalu.

Emran dan Bella, mengambil masa selama lima bulan untuk mengenali hati budi masing-masing dan dalam tempoh itu Bella pernah hadir ke rumah penyanyi Amy Search dengan ditemani Engku Emran.

Dalam pada itu, Bella juga banyak berkongsi gambarnya bersama Engku Emran di Instagram.

Gosip cinta Bella dan Engku Emran mula bertebaran apabila pelakon terkenal itu memuatnaik satu gambar dalam akaun Instagramnya dan menulis kapsyen dengan nama seseorang yang bermula dengan huruf E.

Netizen dan peminat pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mula meneka siapa lelaki itu.

Kali terakhir Bella dilaporkan bercinta ketika dia sedang berkawan rapat dengan Afie Kalla yang juga anak saudara Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Engku Emran pernah berkahwin dengan Erra pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com