Sambung Reman Enam Hari Kerana Rogol Cucu Angkat


ALOR SETAR - Seorang suspek lelaki berusia 54 tahun disambung reman selama enam hari bermula kelmarin kerana dipercayai memperkosa cucu saudara yang juga merupakan anak angkatnya  tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, tindakan terkutuk suspek terbongkar apabila mangsa yang kini berumur 14 tahun disahkan mengandung .

Ibu mangsa yang mengetahui anaknya mengandung enam bulan pada 15 Julai lalu bertindak  membuat laporan polis di Sungai Petani.

Suspek yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu sebelum ini enam hari bagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Mangsa sebelum ini dikatakan berada di bawah penjagaan suspek sejak  berusia sembilan tahun dan mendakwa dirogol lelaki itu pada Disember lalu ketika bersendirian di rumah.

Menurut mangsa, ketika kejadian bekalan elektrik di rumah terputus dan suspek mengambil kesempatan itu masuk ke bilik mangsa sebelum merogolnya.-Kedahnew.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com