Rumah Aliff Syukri Lewat Siap, Kerana Ia Bagaikan Istana


PENGASAS produk Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri tampil dengan video terbaharunya mengenai rumahnya yang masih di peringkat pembinaan.

Menerusi video berdurasi hampir tiga minit itu, Aliff Syukri turut memperkenalkan pengurus yang mengendalikan pembinaan rumahnya yang dikenali dengan nama Jaafar.

“Jaafar ini antara pengurus pembinaan terbaik setakat ini. Dia menjaga 60 pekerja di sini. Sebelum ini, saya dah banyak kali tukar kontraktor sebab ada sahaja masalahnya," katanya.

Menurut Jaafar, rumah tersebut mengalami kelewatan untuk disiapkan adalah kerana rumah tersebut menggunakan bahan-bahan yang ditempah khas.

“Ini bukan seperti rumah biasa, ia direka khas. Semua yang digunakan termasuk untuk membuat kolam (renang) adalah yang ditempah khas.

“Insya-ALLAH kalau semua berjalan lancar, dalam masa dua bulan lagi ia akan siap dan Datuk boleh pindah pada bulan Oktober depan,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut meminta kepastian sama ada benarkah ia boleh siap seperti yang dijanjikan, memandangkan perkara sama turut dikatakan kepadanya sebelum ini.

“Bilalah agaknya dapat pindah, saya ni sampai ada rasa malas dah nak pindah,” ujarnya.

Jaafar menerangkan masalah kelewatan yang berlaku adalah disebabkan bilik tidur masih belum lengkap sepenuhnya.

“Ini kerana idea dekorasi bilik Datuk mahu buat seperti sebuah istana.

“Kerana itu, agak lewat sikit, tapi kalau semuanya ok, dalam masa dua bulan dah siap,” ujar Jaafar.

Dalam pada itu, Aliff Syukri turut berkongsi pokok kurma yang akan ditanam di kawasan rumah baharunya nanti.

“Saya akan tanam kurma Ajwa dan Safawi,” katanya.

 Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com