Remaja Mangsa Langgar Lari Maut


JEMPOL - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di Kilometer 1 Jalan Bahau-Juasseh dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mangsa Muhammad Hijas Ridzwan Khamis, 17, meninggal dunia di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dengan sebuah kenderaan lain yang belum dikenal pasti.

"Pihak polis sedang melakukan semakan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis-premis berhampiran tempat kejadian bagi mengesan kenderaan lain yang terlibat," katanya.

Susulan kejadian berkenaan, beliau memohon kerjasama orang ramai yang terlihat kemalangan itu agar tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com