Remaja Lelaki Maut Ditikam Abang Di Lumut


LUMUT - Seorang remaja lelaki maut akibat ditikam abang sendiri ketika bergelut dalam kejadian di rumah mereka di Simpang Lima, Pekan Gurney di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 7 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan abangnya yang mempunyai masalah mental.

“Suspek yang merupakan abang mangsa berusia 30 tahun menikam mangsa menggunakan pisau.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com