Remaja Didakwa Perkosa Tiga Adik Menangis Dihadapan Hakim


SUNGAI PETANI -  Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menangis sebaik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas empat pertuduhan memperkosa dan mencabul tiga adik perempuannya, Julai lalu.

Tertuduh yang berpakaian lokap ungu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol adiknya berusia lapan tahun lapan bulan di sebuah rumah, di sini, pada 19 Julai lalu, jam 8 malam.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap adiknya berusia 14 tahun dua bulan, di sebuah rumah, di sini, pada 21 April lalu, jam 9 malam.

Tertuduh seterusnya didakwa memasukkan jari ke kemaluan dua adik kandungnya berusia 14 tahun dua bulan dan 10 tahun tiga bulan, masing-masing pada 18 dan 14 Julai lalu, jam 11 pagi dan 9 malam.

Timbalan Pendakwa Raya J Geeta yang melakukan pendakwaan membantah jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira hubungannya dengan mangsa dan dibenarkan mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan pelantikan peguam bela.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com