Program Kayuhan Kasih Bantu Asnaf Di Perlis


KANGAR  - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan golongan mahasiswa universiti awam menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Program Kayuhan Kasih Bersama Tuanku Canselor UniMAP sempena Mesyuarat Tahunan Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (MAPUM) kali yang ke-68 semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Prof. Mohd. Fo'ad Sakdan.

Seramai 32 wakil dari 20 buah universiti awam di seluruh negara mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 12km ini yang turut disertai oleh ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di negeri Perlis.

Tuanku Raja Muda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM27,000 kepada 45 orang asnaf terpilih. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com