Polis Dipenjara Sehari, Denda RM10,000


MELAKA - “Tertuduh silap pertimbangan ketika kejadian kerana buntu atas desakan hidup, memandangkan isterinya memerlukan RM5,000 setiap bulan untuk menampung kos rawatan penyakit radang sendi.

“Harap mahkamah beri peluang kedua kepada tertuduh, malah sepanjang berkhidmat dia mempunyai rekod yang baik,” kata peguam, Haslinda Abu Bakar, ketika merayu bagi pihak anak guamnya di Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin.

Anak guamnya Muhammad Firdaus Sulaiman, 29, seorang anggota polis berpangkat sarjan dituduh menerima suapan RM1,500 daripada seorang wanita tahun lalu.

Muhammad Firdaus mengaku bersalah atas tuduhan itu di depan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi, yang kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara sehari terhadapnya.

Sumber: Mymetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com