PM Puas Hati, Puji Keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melakukan lawatan mengejut di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, berpuas hati dengan keadaan infrastruktur sukan yang terdapat di situ.

Perdana Menteri berkata, tinjauan itu bertujuan melihat persiapan-persiapan akhir negara untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2017, yang kurang 16 hari lagi.

“Singgah Stadium Nasional Bukit Jalil tadi, tinjau persiapan untuk jadi tuan rumah #SukanSea2017 nanti.

“Stadium, padang memang tip top!” kata beliau sambil menunjukkan simbol tanda bagus di akaun Twitter miliknya, semalam.

Najib turut memuat naik tiga keping gambar beliau di sekitar stadium tersebut.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com