Perompak Gagal Letupkan Mesin ATM Guna Bom Belerang


ALOR SETAR - Perompak terpaksa berputih mata setelah cubaannya melarikan sejumlah wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, di Jitra awal pagi semalam gagal.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata cubaan perompak untuk meletupkan mesin ATM tersebut dengan menggunakan bom belerang tidak berhasil.

Terdapat kesan letupan di bahagian kiri mesin berkesan dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri daripada belerang.

Pihak polis menerima aduan daripada orang awam pada jam 2.40 pagi setelah mereka terlihat kepulan asap kecil dari bangunan terbabit.

"Suspek dipercayai menggunakan bom buatan sendiri yang diselitkan di bahagian pintu mesin ATM.

"Bagaimanapun usaha terbabit gagal menyebabkan suspek melarikan diri," katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek pada awalnya telah merosakkan kotak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di atas mesin ATM itu sebelum mereka melakukan jenayah terbabit.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457/436 Kanun Keseksaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com