Perdana Menteri Sertai Larian Obor KL2017


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan di sini hari ini.

Perdana Menteri membawa obor berkenaan bermula dari Persiaran KLCC hingga ke Menara Naza di sini diiringi lebih 200 pelari yang turut sama memeriahkan Larian Obor KL2017 itu.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

Sukan SEA ke-29 akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN diadakan dari 17 hingga 23 September. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com