Penyokong Mahathir Hina, Persenda Daya Intelek Kepimpinan PAS


ALOR SETAR - Para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mempersenda kepimpinan utama PAS yang berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Laman page Facebook berkenaan, Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad, seolah-olah memperlekeh daya intelek kepimpinan PAS dengan bertanyakan maksud "puas hati" tersebut atau sebaliknya hanya "puas hati digoreng" di dalam sesi berkenaan.

"Apa maksud berpuas hati tu? Puas hati kena goreng ke? 馃槂馃槂馃槂," tulis pengendalinya, mempermain keupayaan kepimpinan PAS untuk memahami sesi yang turut dihadiri oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Rentetan itu, posting tersebut telah dihujani ratusan komen yang "membelasah" daya intelek kepimpinan PAS yang hadir di program berkenaan dengan pelbagai cacian dan kata nista.


Difahamkan, Arul Kanda pada sesi itu memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Selain itu, turut sama di dalam sesi berkenaan adalah pemimpin politik jemputan lain seperti bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB.

"Kita harap tak banyak campur tangan politik sebab sudah ada pelan telah dikemukakan beliau (Arul)," kata Tuan Ibrahim, pada sidang media yang diadakan sejurus selepas program tersebut selesai.

Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini menggunakan sumber laporan portal Sarawak Report (SR) sepenuhnya untuk menyerang kepimpinan kerajaan berkenaan 1MDB.

Sebaliknya, PAS pula kini sedang di dalam proses perbicaraan selepas mengambil tindakan saman terhadap pengendali SR, Clare Rewcastle Brown di mahkamah London.

Perkembangan terbaru menyaksikan Clare diperintah membayar sejumlah RM84,000 kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, hujah "kosong" pemilik SR itu yang kononnya institusi kehakiman, Perdana Menteri dan  kerajaan Malaysia kononnya mengamalkan rasuah telah ditolak mentah-mentah oleh mahkamah London ekoran tiada sebarang bukti dikemukakan untuk menyokong dakwaan tersebut.

Clare disaman Abdul Hadi dan PAS ekoran fitnah yang dilemparkan kononnya Presiden dan parti itu menerima wang sogokan sebanyak RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dari dana 1MDB. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com