Pengerusi PKR Terengganu Ditempelak, Berniat Serong Terhadap SPR


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menempelak pemimpin parti pembangkang di negeri Terangganu kerana berniat serong terhadap badan bebas yang diberi tanggungjawab mengendalikan pilihan raya negara ini.

Tanggapan bahawa 'SPR tidak mungkin luluskan logo parti politik' adalah bertujuan menimbulkan persepsi negatif terhadap suruhanjaya itu serta mengelirukan rakyat.

“Dakwaan itu adalah satu  kenyataan yang bersifat pramatang dan tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Menurutnya parti politik yang telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk digunakan semasa pilihan raya tidak akan ditolak oleh SPR.

Menurut Mohd Hashim,dakwaan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik di Terengganu bahawa mustahil SPR akan meluluskan logo rasmi Pakatan Harapan adalah tidak berasas.

Walau bagaimanapun dalam masa sama beliau menjelaskan, setakat ini tiada sebarang permohonan berkaitan (logo) itu dikemukakan kepada SPR.

Difahamkan status pendaftaran gabungan parti-parti dan simbol parti (Pakatan Harapan) berkenaan masih belum diluluskan oleh ROS.

Menurut Mohd Hashim, selepas permohonan untuk pendaftaran simbol parti berkenaan diluluskan oleh ROS dan sekiranya dirujuk kepada SPR tindakan selanjutnya mengikut undang-undang akan dibuat oleh SPR.


Berita bertajuk ‘Mustahil SPR lulus logo’ yang memetik kenyataan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik di Terengganu yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam.

Mengikut laporan akhbar tabloid tersebut,  pemimpin berkenaan berkata, mustahil untuk meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

 Pengerusi PKR Terengganu Ditempelak  yang dipetik dari akhbar berkenaan mendakwa logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, PAN dan PPBM itu sudah tentu memberi saingan sengit dan potensi besar untuk pembangkang mengambil alih kerajaan.

Beliau turut menjangka 65 peratus kemungkinan BN akan kalah sekiranya parti-parti Pakatan Harapan menggunakan satu logo untuk melawan logo dacing diwakili BN.

“SPR adalah badan bebas tetapi saya rasa dia (SPR) tidak akan lulus dan akan beri 1001 macam alasan. Kalau lulus logo itu dalam pilihan raya, maka UMNO bersiap sedialah untuk kalah,” katanya.

Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun yakin logo rasmi Pakatan Harapan akan diluluskan RoS. - 
Jika pembaca masih ingat menjelang PRU13, pembangkang khususnya PKR mereka cerita  dengan mendakwa 40,000  'pengundi hantu' dari Bangladesh dibawa ke negara ini untuk mengundi BN.

Dakwaan itu kemudian dinafikan oleh duta negara berkenaan dan menyifatkan kenyataan  pembangkang itu  sebagai tidak masuk akal.. - Kedahnews.com  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com