Pencuri Menyamar Hantu Elak Wajah Dirakam CCTV


FUJIAN - CHINA. Taktik seorang lelaki berpakaian seakan-akan hantu bagi mengelakkan wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika memecah masuk sebuah rumah ternyata tidak membuahkan hasil.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki itu dilihat menyelubungi tubuhnya dengan kain putih ketika melewati kawasan yang diawasi kamera dan menyamar sebagai hantu.

Lelaki itu pada mulanya dilihat mengintai di tangga rumah yang terletak di Jinjiang Quanzhou City, Fujian itu sebelum menyedari terdapat kamera CCTV di hadapannya.

Selepas 20 minit, lelaki itu dilihat muncul menyelubungi tubuhnya dengan kain putih dan ketika sampai berhampiran CCTV, dia dilihat berjalan perlahan-lahan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati pencuri itu mengambil langsir di rumah terbabit bagi menutupi tubuhnya.

Bagaimanapun, wajah suspek berjaya dikenal pasti melalui rakaman pada kamera.

Suspek berjaya ditahan dan mengakui turut melakukan jenayah lain sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com