Pemuda Nak Anjur Pertandingan "Cari Rumah Ahlli Parlimen Alor Setar"


ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda Bahagian Alor Setar bercadang untuk menganjurkan pertandingan 'treasure hunt' untuk mencari lokasi rumah Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao-Leung tidak lama lagi.

Cadangan itu timbul kerana penduduk bandaraya ini agar sukar untuk mencari wakil rakyat daripada parti pembangkang itu  bagi mengadu masalah selain untuk mendapatkan pertolongan.

Ketua Pergerakan  Pemudanya, Syed Hafiz Syed Mustafa memberitahu, pertandingan itu dianjurkan kerana penduduk sering  merungut  wakil rakyat daripada  PKR itu sering 'hilang' walaupun beliau berasal daripada bandar ini.

" Kita akan sediakan hadiah kepada peserta yang berjaya menemui rumah wakil rakyat itu," katanya kepada Kedahnews.com baru-baru ini.

Menurutnya, rakyat di bandar ini kecewa kerana  ahli parlimen pembangkang itu hanya muncul sekali sekala, terutama apabila PRU hampir tiba.

Kata beliau, Gooi cukup beruntung dan selesa menjadi ahli Parlimen kerana segala masalah penduduk di Alor Setar diberi perhatian oleh BN dan UMNO yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah sebelum ini meminta rakyat khususnya pengundi Parlimen Alor Setar serta DUN Kota Darulaman serta  DUN Alor Mengkudu tidak memilih calon-calon daripada parti pembangkang lagi.

" Mereka hanya muncul atau tunjuk muka hanya di musim pilihan raya," katanya sambil meminta para pengundi Alor Setar tidak lagi membuat kesilapan pada PRU14 ini.

Sementara itu, Syed Hafiz berkata jentera Pemuda UMNO akan mengggandakan usaha menarik sokongan pengundi di kalangan anak muda  bagi membantu BN memenangi  semula Parlimen Alor Setar dan dua DUNtewas pada PRU13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian ini Sabtu lepas mahu UMNO, MCA dan parti komponen bekerjsama rapat bagi menarik pengundi menyokong BN dalam misi merampas semula kerusi yang kalah. - Kedahnews.com. 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com