Pelancong Ditembak Kumpulan Pengedar Dadah Kerana Tak Faham Arahan


RIO - BRAZIL. Seorang wanita dan keluarganya yang tersalah masuk kawasan yang dikawal kumpulan penjenayah ketika mencari air ditembak semalam.

Menurut laporan The Guardian hari ini, mangsa pelancong Britain, Eloise Dixon, 46, ditembak dua kali di bahagian abdomennya.

Sebelum kejadian, Eloise dan keluarga mencari air minuman untuk dibeli sebelum tersesat masuk kawasan setinggan Agua Santa (Air Suci) yang dikawal kumpulan sindiket dadah.

Anggota kumpulan tersebut menyuruh mangsa dan keluarganya berpatah balik namun akibat salah faham, Eloise ditembak di hadapan suami dan tiga anak mereka.

Ketua Polis, Bruno Gilaberte berkata, kekeliruan dan salah faham terjadi akibat jurang bahasa.

"Sebab mereka tidak faham arahan berpatah balik, mereka teruskan perjalanan dan ditembak," kata Bruno.

Akhbar tempatan, O Dia mengatakan kawasan tersebut dikawal oleh kumpulan Terceiro Comando Puro yang merupakan antara kumpulan pengedar dadah utama di Rio.

Mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com