Pasangan Kekasih Positif Dadah Ditahan AADK Perak


PASANGAN kekasih antara 15 penagih ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak dalam serbuan di empat lokasi berasingan sekitar Tanjung Malim, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula 5.30 petang semalam itu, semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 46 tahun.

Pengarah AADK Perak Khairul Anwar Ahmad berkata, wanita berusia 22 tahun dan teman lelakinya berusia 24 tahun ditahan di rumah ibu bapa wanita berkenaan di Slim River.

Beliau berkata, kakak wanita berkenaan berusia 26 tahun turut ditahan namun dibebaskan selepas pemeriksaan air kencing mendapati negatif dadah.

"Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Muallim. Hasil ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada 24 yang ditahan positif morfin dan syabu.

"Wanita berusia 22 tahun dan teman lelakinya antara yang didapati positif morfin.

"Semua penagih berulang ini akan direman di Mahkamah Slim River hari ini," katanya semalam.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya 5 pagi semalam.

Sumber: MyMetro


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com