PAN Tanding 30 DUN di Kelantan, PPBM Hanya Dapat 12 Kerusi?


PARTI Amanah Negara (PAN) akan bertanding di 30 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 12 kerusi  pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

PAN pimpinan Mohamad Sabu itu akan bertanding di kerusi yang dimenangi PAS manakala PPBM yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mencabar kawasan yang disandang  UMNO/BN.

'Pengagihan' kerusi PAN dan PPBM itu diumum oleh  Pengerusi PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada Utusan Malaysia semasa Konvensyen Amanah Kelantan Kali ke-2 di Wisma Tok Guru, Salor di Kota Bharu semalam.

Beliau turut menjelaskan Parti Keadilan Rakyat (PRK)  pula akan bertanding berdasarkan kepada status qou yang telah diperuntukkan kepada parti iaitu tiga parlimen dan empat DUN.

“Bagaimanapun, kita masih lagi belum memuktamadkan lagi pembahagian semua kerusi ini,” katanya. Perasmian konvensyen itu disempurnakan oleh Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa.


Pada Muktamar PAS di Kedah hujung April lalu, PAS yang memerintah Kelantan sekian lama bertekad untuk mempertahankan negeri ini  yang cuba diambil alih oleh parti serpihannya PAN.

Persoalannya, apakah percaturan yang dibuat oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan akan berhasil menawan Kelantan ketika PAS memutuskan kerjasama dengan PKR dan menolak PPBM dan PAN yang bersekutu rapat dengan DAP yang menjadi musuh utama PAS.

Secara tradisinya UMNO dan PAS meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN di negeri itu.

Mampukah PAS pertahan Kelantan kerana dalam masa yang sama BN juga sudah melihat ada angin perubahan yang positif daripada rakyat negeri itu. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com