Padah Langgar Syarat Lesen, Bot Pukat Tunda Ditahan APMM P.Pinang


BOT pukat tunda dan empat lelaki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang kerana langgar syarat sah lesen di 2 batu nautika berhampiran Pulau Kendi, semalam.

Operasi jam 1 pagi itu dilakukan apabila bot APMM terserempak dengan bot berkenaan yang sedang menangkap ikan di kawasan terbabit.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Kepten Maritim Rozali Mohd Said berkata, hasil pemeriksaan, seorang tekong bersama tiga orang awak-awak berumur 46 hingga 59 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, mereka gagal mempamerkan surat kebenaran sebagai pembantu tekong dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat lesen.

"Pemeriksaan mendapati mereka memukat kurang lapan batu dari pantai terdekat seperti yang ditetapkan di dalam buku lesen.

"Bot berkenaan turut ditahan bersama lebih kurang 150kg hasil tangkapan dan mereka dibawa ke Jeti Batu Maung untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com