Orang Utan Paling Cerdik Mati Usia 39 Tahun


ATLANTA - Chantek, antara Orang Utan pertama yang pandai bahasa isyarat, membersihkan bilik dan menghafal jalan ke restoran makanan segera, mati pada usia 39 tahun, semalam.

Menurut Zoo Atlanta, Chantek, seekor Orang Utan jantan diajar oleh pelatih yang membelanya seperti anak kandung, dirawat kerana menghidap penyakit jantung dan akan dibedah siasat untuk menentukan punca kematiannya.

"Kami di zoo akan merinduinya. Dia unik, peramah dan mudah berkomunikasi dengan sesiapa yang rapat dengannya," kata Naib Presiden Zoo Atlanda, Hayley Murphy, dalam satu kenyataan.

Chantek adalah Orang Utan tertua di zoo utara Amerika, lahir di Pusat Penyelidikan Yerkes di Atlanda dan dijaga oleh pakar antropologi, Lyn Miles, di University of Tennessee di Chattanooga selama sembilan tahun.

Menurut dokumentari Public Broadcasting Service (PBS) pada 2014, ketika bersama Miles, Orang Utan itu diajar menggunakan pelbagai peralatan dan menghafal jalan dari universiti ke restoran Dairy Queen.

Chantek adalah antara segelintir spesies primat, selain Koko dan Washoe, yang boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat Amerika. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com