Nota, Pistol, Botol Air Kosong Di Sisi Mayat


POLIS berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di taman rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak, Kuala Lumpur, pada jam 11.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa yang bertugas di Bukit Aman itu dipercayai berseorangan ketika kejadian.

"Siasatan awal di lokasi kejadian menemui nota, botol air kosong, pistol jenis 38, kelongsong peluru dan peluru hidup.

"Berdasarkan nota yang ditinggalkan mangsa, dia dipercayai mempunyai masalah dengan keluarga," katanya.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com