Nita Hamzah Bertunang Ahad Ini


KUALA LUMPUR - Penyanyi Nita Hamzah bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29, pada Ahad ini.

Menurut Nita sepatutnya majlis yang dirancang hanyalah majlis merisik, bagaimanapun keluarga Fareez mahu terus melangsungkan majlis pertunangan.

“Kami sudah berkenalan hampir empat tahun. Walaupun dia lapan tahun muda daripada saya, kesungguhan dan kematangan yang ada pada dirinya membuatkan saya yakin dengan dirinya.

“Untuk majlis Ahad ini, kami hanya mengadakan secara kecil-kecilan sahaja di rumah. Jadi yang hadir juga hanya ahli keluarga terdekat,” katanya kepada Utusan Online.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan, Nita,37, tidak berselindung dia dan kekasihnya itu mahu disatukan secepat mungkin.

“Kalau boleh memang tahun ini juga kami mahu berkahwin. Cuma dalam waktu sekarang hanya rancangan dahulu.

“Apa pun saya harap semua di luar sana mendoakan kebahagiaan kami,” katanya. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com