Nasi Lemak Udang Galah Harga RM69 Di Singapura


PERCAYAKAH anda nasi lemak berlauk udang galah dijual harga RM69 sepinggan?

Bagi yang ingin menikmati keistimewaan nasi lemak tersebut, anda boleh datang ke sebuah gerai bernama Lawa Bintang di Tampines Street, Singapura.

Di sini pelbagai jenis lauk disediakan untuk pelanggan, antaranya sotong dan ketam, namun yang paling menarik perhatian ramai ialah udang galah.

Difahamkan, semua makanan laut yang disediakan di situ diimport dari Malaysia.

Menurut seorang pelanggan, walaupun nasi lemak berlauk udang galah agak mahal iaitu berharga 22 Dollar Singapura (RM69), tetapi dia tetap puas hati dan akan mencubanya sekali lagi.

China Press melaporkan, kebanyakan netizen memuji kelazatan masakan berkenaan yang sukar didapati di negara ini.

"Bagi yang berasakan harga ini agak mahal, mereka boleh mencuba menu lain, nasi lemak berharga 9 Dollar Singapura (RM28) sepinggan iaitu berlauk tujuh ekor udang biasa," kata seorang pelanggan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com