Nasa Tawar Gaji 6 Angka Lindungi Bumi Daripada Makhluk Asing


BUNYINYA mungkin kedengaran pelik dan melucukan tetapi tawaran ini adalah benar.

Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (Nasa) menawarkan tugas untuk mempertahankan bumi daripada ancaman makhluk asing dan menawarkan gaji sebanyak enam angka.

Tugas sepenuh masa itu yang digelar sebagai 'pegawai perlindungan planet' akan melibatkan peranan untuk memastikan manusia yang menjalankan misi di angkasa tidak mencemarkan planet dan bulan.

Selain itu, pegawai tersebut perlu memastikan sebarang unsur makhluk asing tidak menjejaskan bumi.

Nasa sedia membayar gaji sehingga AS$187,000 (RM801,103) setahun termasuk manfaat lain.

Iklan jawatan itu bertulis," Perlindungan planet melibatkan pencegahan unsur organik dan biologi yang melekat pada manusia (angkasawan) dan robot penjelajahan angkasa."

"Nasa mengekalkan dasar untuk melindungi planet termaktub kepada semua misi penerbangan ke angkasa yang mungkin secara sengaja atau tidak membawa masuk unsur asing ke bumi."

Tempoh khidmat bagi tugas itu adalah selama tiga tahun dan boleh dilanjutkan sehingga lima tahun.

Jawatan tersebut dicipta selepas AS menandatangani Perjanjian Luar Angasa pada 1967 dengan harapan mengkaji angkasa lepas dan mengendalikan penerokaan angkasa selain mengekang kemasukan sebarang unsur asing yang berbahaya.

Pegawai yang bakal dilantik itu akan terlibat dalam misi ekspedisi Nasa ke Europa, sebuah bulan Jupiter.

Misi ke bulan Jupiter itu menelan belanja AS$2.7 bilion dan telah diluluskan oleh Kongres dengan tugas mengkaji permukaan bulan sama ada boleh didiami atau tidak.

Calon perlu mengembara dengan kerap selain memiliki pengalaman sekurang-kurangnya setahun sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Dari segi kelayakan akademik pula, calon perlu memiliki kelulusan sains fizikal, kejuruteraan atau matematik.

Bagaimanapun, hanya penduduk AS sahaja dibenarkan memohon jawatan itu. 

Sumber: Independent Uk

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com