Muka Lara Alana Bila Dewasa?


PETALING JAYA - Seorang gadis tular apabila wajahnya dikatakan mirip Lara Alana, anak pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Maklum balas netizen rata-rata memberi gambaran begitulah wajah Lara yang baru berusia tiga tahun apabila dia dewasa nanti.

Semuanya bermula selepas gadis ini memuat naik gambarnya di Twitter baru-baru ini dan seorang netizen memberikan komen: “Lara Alana bila dah besar be like.”

“Besar dah macam Lara,” kata seorang netizen lain yang merujuk kepada si cilik yang mempunyai 2.8 juta pengikut di Instagram.


Gadis yang semakin menjadi bualan itu merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris di Universiti Malaya.

Nadiah Nasir, 20, berkata, dia berasa terkejut kerana tidak menyangka dikaitkan dengan personaliti media sosial itu selepas memuat naik gambarnya di Twitter.

“Saya tak rasa wajah saya sama macam Lara Alana. Rasa kelakar pun ada sebab bagi saya, Lara jauh lagi comel daripada saya,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun katanya, mungkin kerana teknik mekap yang digunakan di dalam gambar yang tular itu membuat gadis dari Ampang ini kelihatan seperti Lara.

“Saya memang suka berekspresi dengan mekap, cuba pelbagai teknik dan mengambil gambar dari pelbagai sudut,” katanya.

Menurut Nadiah, dia tidak mengambil peduli sekiranya netizen menggelarkan dirinya sebagai 'kembar Lara Alana" mahupun membuat perbandingan dengan menggabungkan gambarnya dengan kanak-kanak itu.

Namun dia mengakui jumlah pengikutnya di Instagram bertambah lebih 300 orang hanya dalam masa dua hari selepas kisahnya tular.

“Kalau ada yang nak ‘follow’ saya di Instagram dan nak berkenalan, saya okay saja,” katanya yang juga mengikuti perkembangan Lara di laman sosial.


Ditanya sekiranya berpeluang berjumpa dengan Lara, Nadiah menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang anak yang comel, bijak dan mempunyai personaliti menarik.

“Saya melihat Lara dari pandangan seorang kakak kepada adik sebab dia masih kecil, tidak lebih daripada itu,” kata anak sulung ini daripada tiga beradik.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com