Mayat Kedua Kru Kapal USS John S McCain Dijumpai


SINGAPURA - Satu lagi mayat kelasi kapal pemusnah USS John S McCain dijumpai di bahagian kapal yang rosak menjadikan jumlah yang dijumpai kepada dua mayat.

Mayat juruteknik elektronik, Dustin Louis Doyon, 26 tahun, dijumpai pada Jumaat tidak jauh dari mayat pertama dijumpai sehari sebelumnya.

Mayat pertama yang juga juruteknik elektronik Kenneth Aaron Smith dijumpai dalam ruang enjin kapal terbabit.

Selepas penemuan mayat pertama, Amerika Syarikat mengarahkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai Malaysia dihentikan sementara bagi memberi ruang pencarian kelasi di dalam kapal.

Isnin lalu, USS John S McCain berlanggar dengan kapal minyak Alnic MC milik syarikat Singapura dan 10 kelasi dilaporkan hilang.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com