Mayat Dengan Kesan Luka Telentang Depan Lori Di Percayai Dibunuh



GOMBAK - Mayat seorang lelaki dengan kesan luka pada tubuh dan kepala ditemui telentang dipercayai dibunuh di hadapan sebuah lori di Jalan SM 1, Sunway Batu Caves, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 41 tahun ditemui orang ramai lengkap berpakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan dari Hospital Selayang 
yang tiba kemudiannya mengesahkan mangsa maut di lokasi sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, berdasarkan keadaan fizikal mangsa ketika ditemui, pihaknya mendapati mangsa mungkin ditikam atau dipukul pada bahagian badan dan kepala.

“Pihak polis menerima maklumat terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dipercayai dipukul tidak jauh dari sebuah kedai serbaneka,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com