Maut Tersepit Lori Undur


LELAKI maut tersepit apabila lori yang dipandunya tiba-tiba mengundur di bengkel di Simpang Renggam, Kluang, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Muhamad Laham berkata, Sulaiman Mohd Ali, 43, dikatakan menghidupkan enjin lori yang dikendalikannya sebelum turun semula untuk membuat pemeriksaan dalam kejadian jam 8 malam itu.

Katanya, tanpa disedari mangsa, lori berkenaan bergerak dengan sendiri dipercayai akibat brek tangan tidak ditarik, menyebabkan dia tersepit.

"Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba sejurus kejadian.

"Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga awal pagi ini", katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhamad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com