Masyarakat Siam Perlu Terus Sokong BN, Jangan Percaya Janji Pembangkang - Ahmad Bashah


PENDANG - Masyarakat Siam Kedah adalah minoriti yang sentiasa menyokong UMNO dan Barisan Nasional sejak merdeka dan pilihan raya pertama lagi.

Namun begitu kebelakangan ini ada usaha daripada parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memecahkan masyarakat itu agar menyokong mereka.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan penduduk  keturuan Siam Malaysia  agar tidak terpengaruh dengan parti pembangkang yang kini mula menyusup  masuk ke kampung mereka untuk memburukkan kerajaan.

 "Pembangkang hanya datang semasa dekat nak pilihanraya, sedangkan UMNO/BN berada sepanjang masa bersama rakyat, " kata Ahmad Bashah yang juga Pengerusi UMNO negeri.

Ahmad Bashah berharap mereka akan terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana kemenangan wakil rakyat BN lebih mudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan keperluan di tempat mereka.

Masyarakat minoriti Siam telamlama memberikan sokongan kepada BN dan tidak ada sebab besar mereka mahu mencari pembangkang untuk mendapatkan bantuan, katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pendang di Kompleks UMNO Bukit Mat Inson, di sini, semalam.

Hadir sama Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri, Ketua UMNO Bahagian dan juga Speaker DUN, Datuk Md Rozai Shafian, Ketua Wanita yang juga ADUN Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob.

Menurut Menteri Besar lagi  kerajaan yang diterajui UMNO tidak sesekali melupakan masyarakat itu, malah pembelaan dan perhatian akan terus diberi kepada mereka .

"Sebelum ini pun pengundi Siam juga yang menjadi ahli UMNO dan menyokong parti kita dan kita akan beri tumpuan, bukan sahaja di Pendang malah saya yakin masyarakat mereka di tempat lain akan bersama-sama UMNO untuk mempertahankan parti ini walaupun ada usaha pembangkang untuk memancing undi," katanya.

Ahmad Bashah berkata, parti pembangkang sudah mula memasuki kampung-kampung dengan menabur janji-janji kosong agar kaum itu beralih menyokong pembangkang, tetapi beliau yakin masyarakat Siam tidak mudah terpengaruh dan setia bersama BN.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Ahmad Bashah menggesa semua anggota UMNO sentiasa bersiap sedia menghadapi PRU-14 dan menyelesaikan masalah yang berkait rapat dengan parti agar tidak menjejaskan gerak kerja pilihan raya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Bashah berkata rakyat Pendang akan terus menikmati pembangunani, termasuk Hospital Pendang yang dijanjikan oleh kerajaan BN yang akan dibina awal tahun depan.

"Hospital Pendang dengan kos RM220 juta dah pun diluluskan kerajaan pusat, cuma sekarang ini tunggu proses ender dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya.

Hospital Pendang akan dilengkapi 250 katil dillengkapi dengan 11 kepakaran termasuk perubatan, pediatrik, pembedahan, ortopedik, kecemasan dan trauma, patologi serta radiologi.

Penduduk Pendang tidak lagi terlalu bergantung kepada Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com