Masa Dia Jadi PM, Dia Sekat Penubuhan Parti Baharu


KUALA LUMPUR – Pengerusi pakatan pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyekat pendaftaran parti baharu oleh Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussain Onn semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan berkata, Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri menyekat penubuhan parti baru bernama UMNO Malaysia ketika itu.

“PSM juga mencatat sejarah dan mengambil masa 10 tahun untuk didaftarkan.

“Harus kita sedar bahawa semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussain Onn gagal membuka parti baru bernama UMNO Malaysia kerana disekat oleh Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PSM merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia yang diwujudkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti itu ditolak dengan alasan “mengancam keselamatan negara”

Parti itu hanya berjaya didaftarkan pada 10 September 2008 iaitu beberapa tahun selepas Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri iaitu pada Oktober 2003 gara-gara tekanan politik. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com