Mahu Macam Fattah Amin


FENOMENA Fattah Amin bukan sahaja menular dalam kalangan remaja, malah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Mohammad Reezqi Rayqal menjadi salah seorang peminat tegar aktor itu.

Mohammad Reezqi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu sanggup merayu ibu bapanya untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu aktor kegemarannya.


Ibunya, Wan Hanim Wan Muhammad, 38, berkata, anaknya mula meminati Fattah selepas menonton drama Suri Hati Mr Pilot.

"Sudah beberapa kali bawa dia jumpa Fattah ketika pelakon itu ada sesi bertemu peminat, mujur kami ada saudara mara di sini (Kuala Lumpur). Dia memang sangat meminati Fattah hingga setiap hari dia tidak pernah terlupa untuk menonton drama lakonan Fattah.

"Lagu Fattah pun dihafal, cuma buku dan novel sahaja dia masih belum pandai membaca," ujarnya kepada mStar Online.


Foto kanak-kanak ini mendapat perhatian netizen apabila sering mengikut gaya pelakon kesayangannya setiap kali keluar rumah.

Malah, kata Wan Hanim, setiap kali berada di luar dia akan memanggil lelaki yang dirasakan kacak sebagai Fattah Amin.

"Kalau berjalan di luar, mana-mana lelaki putih dan kacak dia panggil Fattah, kadang-kadang kami yang terkejut.

"Nama dia pula diminta panggil Tengku Ean macam dalam drama Hero Seorang Cinderella," ujarnya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com