Mahathir Dicabar Sumpah Laknat Untuk Buktikan Zahid Rancang Jatuhkan Najib


ALOR SETAR - Selepas pendedahan wujubnya bukti kukuh bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad merancang untuk jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, para pemimpin UMNO mendesak bekas Presiden UMNO itu mengangkat sumpah laknat. 

Dr Mahathir dicabar berbuat demikian untuk membuktikan dakwaan beliau itu benar, kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkonspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

Cabaran itu disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, selepas yakin dakwaan Dr Mahathir itu tidak benar kerana  Ahmad Zahid pada waktu perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri itu baharu sahaja 10 hari  dilantik Timbalan Perdana Menteri.

"Kalau Datuk Seri Najib berani buat sumpah laknat mengatakan tak terlibat dan tak kenal Altantuya (model kelahiran Mongolia, Altantuya Shaaribuu, yang mati dibunuh kejam)...kenapa Mahathir tak boleh.

"Saya percaya kunjungan Datuk Seri Zahid (berjumpa Mahathir) untuk menyatupadukan dan tawar diri untuk sama-sama bantu supaya tak ada jurang perpecahan.

Malah, Ahmad Zahid memberitahui pertemuan beliua dengan Dr. Mahathir itu ketahui dan mendapat keizinan Perdana Menteri.

"Kalau betullah Datuk Zahid pergi situ (jumpa Mahathir) nak minta sokongan sebab nak jatuhkan Datuk Seri Najib (seperti didakwa Mahathir), saya minta Tun Mahathir buat angkat sumpah laknat...saya cabar dia," katanya.

Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO  bahagian tersebut yang dirasmikan oleh  Ahmad Zahid selaku Naib Presiden UMNO, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling ketika mengulas isu sama, percaya tuduhan dibuat Mahathir mempunyai agenda tertentu.

"Saya kaji isu ini dan saya lihat sebab utama dia (Mahathir) nak pecahkan keutuhan tali silaturrahim antara Datuk Seri Zahid, Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Hisham (Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein)," katanya.

Pada ucapan di Baling semalam, Ahmad Zahid berkata, beliau menyahut cabaran untuk bersumpah laknat berhubung pendedahannya itu untuk membuktikan kepada rakyat siapa yang benar.

Katanya, beliau tidak gentar dengan cabaran itu berikutan ada bukti rakaman perbualan semasa pertemuannya dengan pemimpin yang merancang konspirasi itu.

Sementara itu semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Alor Setar petang semalam, Ahmad Zahid menyifatkan mereka sebagai ‘cengkadak’ kerana cuba melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri kononnya beliau terlibat  dalam usaha  menjatuhkan Najib .

"Cengkadak itu sebenarnya salah perhitungan, sebab masa dia jadi ketua (pemimpin), siapa saja yang jadi orang nombor dua memang ada masalah dengan dia", katanya ketika . - Kedahnews.com





No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com