Mahathir Akui Darah India Mengalir Dalam Tubuhnya


ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sebahagian darah India mengalir dalam dirinya ekoran bapanya merupakan "Melayu Pulau Pinang" yang asalnya berketurunan dari negara itu.

Meskipun begitu, Mahathir menegaskan bahawa bapanya langsung tiada kebolehan bertutur dalam mana-mana bahasa di India dan tidak tahu tentang susur galur keturunannya yang dikatakan terputus sepenuhnya dari sana.

Buku tulisan Mahathir, "A Doctor In The House" turut mengatakan bapanya Mohamad adalah "Melayu Pulau Pinang" dan mengatakan berdarah India, namun mendakwa bapanya negara itu.

"My father was a Penang Malay. (Bapa saya adalah seorang Melayu Pulau Pinang).

"My father could not speak any of the languages of India and knew none of his forebears or relatives there. The connection was completely broken. 

"(Bapa saya tidak mampu bertutur dalam apa-apa bahasa dari India dan tidak mengenali keturunan atau sanak saudaranya di sana. Hubungan itu terputus sepenuhnya)

"I admit that some Indian, or more accurately South Asian blood flows in my viens, but from which part of the Indian subcontinent my ancestors came I do not know.

"(Saya akui bahawa sebahagian dari kaum India, atau lebih tepat lagi darah Asia Barat mengalir dalam urat tubuh saya, tapi dari kawasan benua India yang mana datangnya nenek moyang saya, saya tidak tahu)," tulis Mahathir di dalam bukunya itu.

Berdasarkan tulisan Mahathir itu, ia juga sekaligus mengesahkan susur galurnya yang berasal dari India, namun tidak mengetahuai secara jelas kawasan atau daerah mana asal keturunannya.

Malah, tiada langsung perkataan "Kerala" diungkapkan sebagaimana yang didakwa laman Facebook pro-Mukhriz, Mukhriz Mahathir FC, baru-baru ini.


Berkenaan dengan kononnya Mahathir berasal dari Kerala dan dakwaan Kerala itu tidak mewakili salah satu etnik di India, sebaliknya ia merupakan "keturunan Yaman", mungkin ia disalah petik oleh laman tersebut yang menulis di dalam bahasa Inggeris.

Mahathir menulis di dalam bukunya itu tentang sebahagian dari bangsa Melayu yang juga tidak mengesan susur galur asal keturunan mereka dan tidak seperti sebahagian dari mereka yang berdarah Arab berjaya mengesan keturunan keluarga mereka dari Yaman.

"Malays in the past did not keep track of their lineage, although most of those arab blood can trace thier roots to Yemen and know which familu they belong to.

"(Orang Melayu pada masa lalu tidak menjejak keturunan mereka, walaupun sebahagian besar dari mereka yang berdarah Arab dapat menjejak susur galur keturunan mereka hingga ke Yaman dan mengetahui dari keluarga mana asalnya mereka)," tukil Mahathir di dalam bukunya.

Berdasarkan kenyataan Mahathir itu juga, tidak ada sebarang pengakuan yang mengatakan tentang "Kerala", atau mengaitkan keturunannya yang kononnya berasal dari Yaman seperti yang didakwa laman pro Mukhriz tersebut.

Justeru itu, susur galur keturunan Mahathir yang sebenar dari sebelah bapanya Mohamad bin Iskandar dapat disimpulkan sebagai berdarah India yang datangnya dari benua tersebut, namun tidak dapat dipastikan daerah keluarganya berasal.

Tidak ada sebarang fakta yang diperakui sahih yang mengaitkan beliau dengan "Kerala" atau kononnya "Kerala itu berketurunan Yaman" sebagaimana yang didakwa pihak berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com