Lelaki Liwat Budak Dipenjara 7 Tahun


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, selepas didapati bersalah meliwat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, Jun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas tertuduh, Didi Muliadi Nasution Nandong, 21, dari Marang mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perhubungan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas mangsa berusia 12 tahun tanpa kerelaannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah masjid di Bukit Payung, Marang, jam 6.45 petang pada 27 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com