Kit Siang Pula Digesa Buktikan Tempat Kelahirannya Yang Sebenar


SELEPAS asal- usul dan susur-galur keturunan Tun Dr. Mahathir Mohamad heboh diperkatakan, kini Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula digesa untuk menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau tidak dilahirkan di Malaysia.

Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa hasil daripada carian laman sesawang 'wikipedia' yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia ke China dari tahun 1957 telah diubah suai.

Ramesh dan beberapa individu lagi hadir berhimpun di depan Parlimen bagi menyerahkan memorandum menuntut ahli politik veteren itu menunjukkan bukti kelahirannya di Malaysia.

 "Kita dapat maklumat ini daripada veteran- veteran DAP sendiri pada 8 Januari lalu bahawa Lim Kit Siang ini tak lahir di Malaysia.

 "Jadi saya dah beri kenyataan media kepada ahli Parlimen itu untuk menjelaskan tapi beliau tak menjawab soalan kita.

"Di wikipedia itu kita ada bukti yang maklumat itu telah diubahsuai kini tulis lahir di Batu Pahat.
Sebab itu kita nak bukti, beliau kena tunjukkan dokumen kelahiran sama ada lahir di Malaysia atau beliau ini tiba di Malaysia," kata Ramesh ketika ditemui media di pintu masuk bangunan Parlimen semalam.

Ramesh bagaimanapun gagal menyerahkan memorandum mereka kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang dan Barisan Nasional termasuk menteri.

Sehubungan itu beliau memberi tempoh tujuh hari kepada ahli Parlimen Gelang Patah itu supaya tampil menjelaskan asal usulnya.

 Laporan polis akan dibuat sekiranya pemimpin veteran DAP itu gagal berbuat demikian, ujarnya yang dipetik daripada Agendadaily.

Sementara itu Timbalan Menteri Dalam Negeri,  Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty” seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini adalah benar.-

Nur Jazlan mempertahankan kenyataan Zahid dan berkata ia bukan kesalahan kerana kad pengenalan adalah rekod awam. - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com