Kidzooona Pertama Kedah Dibuka Di Aman Central


ALOR SETAR - Pusat permainan kanak-kanak terbesar Kidzooona kini melebarkan sayapnya di Kedah.

Pada Khamis lalu, Kidzooona yang bertapak di Aman Central tersebut untuk julung kalinya dibuka kepada orang ramai dan merupakan yang terbesar di Kedah.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, perasmian di Kedah tersebut menjadikan Kidzooona ke-24 dibina di seluruh negara.

“Pusat permainan ini diyakini menjadi tarikan baru untuk kanak-kanak meluangkan masa bersama keluarga mereka, sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

“Dibawa khas dari Jepun, pusat permainan itu menyediakan permainan yang mampu membuka minda dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Kidzooona Aman Sentral, Alor Setar.

Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Pengarah Urusan Kumpulan Belleview, Datuk Sonny Ho.

Pusat permainan tersebut diadakan bagi membolehkan ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak serta memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai permainan yang lebih mencabar minda disamping dengan persekitaran selesa dan selamat.

"Diharap pihak pengurusan Aman Central dapat memperbanyakkan lagi tarikan di pusat beli-belah itu untuk menarik lebih ramai pelabur dan pelancong," katanya.

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukan bagi membina Kidzooona Aman Central yang beroperasi di tingkat empat.

Kadar bayaran masuk yang dikenakan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun hanya RM15 pada hari biasa dan RM20 untuk hari minggu dan cuti umum.

Manakala, bayi berusia setahun dan ke bawah percuma. Pusat permainan itu dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com