Keranda Botol Bir, Ikan Jadi Pilihan Masyarakat Ghana


ACCRA - Seorang lelaki Ghana memilih kaedah pelik untuk dikebumikan apabila mewasiatkan supaya keranda berbentuk botol bir kegemarannya digunakan untuk majlis pengebumiannnya.

Wartawan Ghana, Saddick Adams memuat naik gambar yang dirakam di majlis pengebumian lelaki yang tidak dinamakan itu ke media sosial baru-baru ini.

Wartawan berkenaan yang lebih mesra digelar Sports Obama berkata, lelaki terbabit mahu dikebumikan di dalam keranda berbentuk botol bir jenama Star yang menjadi kegemarannya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5 Ogos lalu.

“Saya menghadiri majlis pengebumian di tanah air tercinta, Ghana, dan percaya atau tidak si mati memilih botol bir sebagai tempat persemadian terakhir,” katanya.

Bagaimanapun, pemilihan keranda pelik bukan sesuatu yang baru di Ghana.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk negara itu memilih keranda yang menggambarkan pekerjaan mereka ketika hidup.

Antara contoh keranda pelik termasuk yang berbentuk ikan. Ia menjadi pilihan nelayan untuk pengebumian mereka. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com