Kerana Puas Hati Proses 1MDB Bayar Hutang, PAS Diserang Hebat DAP Di Parlimen


SIKAP  pemimpin PAS yang pada mulanya dilihat bersetuju dengan usaha yang diambil oleh 1MDB membayar hutangnya, dikecam hebat  oleh pemimpin DAP dan PKR di Parlimen semalam. 

Selepas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan PAS puas hati dengan penjelasan Arul Kanda Kandasamy (CEO 1MDB), Ahli Parlimen DAP melalak sakan di sidang Dewan Rakyat semalam.  

Bagi menahan asakan DAP itu,  Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Ahli Parlimen pembangkang yang lain untuk bersemuka dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda bagi mendapatkan penjelasan tentang isu berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

"Mereka hanya tahu melalak dalam isu ini tanpa pergi kepada pihak sepatutnya. Sila adakan pertemuan dengan pihak 1MDB," cabar  Ahli Parlimen Kota Bharu  itu.

Takiyuddin yang cuba membetulkan kenyataan awal Tuan Ibrahim  berhubung hasil perjumpaan pemimpin PAS Arul Kanda bagaimanapun tidak diberi peluang oleh Ahli Parlimen DAP untuk
membelasah PAS.

Kata Takiyuddin, mereka (PAS) mahu mendapatkan penjelasan berhubung isu 1MDB susulan enam soalan wakil rakyat PAS berkaitan 1MDB ditolak oleh Speaker.

"Oleh kerana ia subjudis, kita minta jumpa di luar dewan dan dia (Arul) setuju,” kata Takiyuddin yang  mencelah semasa Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng (DAP- Segambut) membangkitkan perkara itu kepada Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee
yang sebelum diputuskan subjudis oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wakil rakyat DAP itu bangun bertanya kenapa Arul Knanda memberi penjelasan kepada PAS sedangkan Speaker memutuskan isu itu adalah subjudis.

Ronald menjelaskan bahawa apa yang digariskan oleh Speaker sebagai subjudis hanya terpakai di Dewan Rakyat sahaja..

Dewan menjadi lebih 'panas' apabila Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen turun bangun dan menuduh PAS sudah menjadi cawangan UMNO kerana menyokong 1MDB.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing pula turut bangun menyelar ahli-ahli parlimen pembangkang.

Takiyddin kemudian menasihati Ahli Parlimen DAP supaya tidak membuat dakwaan mengatakan parti itu menyokong dan berpihak kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kelmarin Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada media puas hati dengan penjelasan Arul berhubung pelan rasionalisasi menyelesaikan hutang 1MDB. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com