Kastam Kedah Rampas 198.45 Kilogram Ganja Di Bukit Kayu Hitam


BUKIT KAYU HITAM - Ingatkan bawa pembesar suara untuk dijual, rupanya ada ganja di bawahnya....Usaha mengabui mata pihak berkuasa tidak menjadi apabila kastam berjaya mengesannya sebelum dadah itu terlepas ke negeri ini.

Rabu lepas Kastam Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk 198.45 kilogram ketulan mampat disyaki ganja bernilai RM396,900, di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dekat sini.

Pengarah Kastam Kedah Datuk Johari Alifiah berkata, dadah itu ditemui didalam bonet sebuah kenderaan jenis Proton Preve yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun di lorong pemeriksaan ICQS berkenaan pada 8.40 pagi Rabu lepas.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati alat pembesar suara memenuhi bahagian but sehingga menutup hampir kesemua bahagian but tersebut.

"Setelah diperiksa, pegawai menemui 200 ketulan mampat berbalut plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dalam kenderaan tersebut yang dipercayai dari negara jiran," katanya dalam sidang media di pejabat Kastam Bukit Kayu Hitam di sini semalam

Lelaki yang berasal dari Kedah itu kemudiannya ditahan reman selama 14 hari bermula semalam bagi membolehkan siasatan dibuat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung jika disabit kesalahannya.-Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com